Wednesday, January 11, 2012

OSK

Assalamualaikum ^^

Ok..termasuk hari ini, dah 4 hari berturut2 aku study..mungkin pada pandangan orang, "wah..bagusnya.." ataupun "budak ni mesti budak dekan.." dan macam2 andaian positif lagi la..tapi bukan pada aku..sebabnya ialah, masuk hari keempat ni, subjek yang sama je aku dok hadap..dan sampai setakat ni, aku rasa understanding aku pada subjek ni cuma sekadar 40%...=.=' dan dalam beberapa jam dari sekarang, aku akan wat exam untuk subjek ni...wadefak! -____________-' serius beb..subjek ni la aku rasa subjek yang paling membebankan aku berbanding subjek2 lain yang pernah aku ambik dari tadika Ros, Sekolah Bukit Beruang, Sekolah Menengah bla bla bla~ dan sampai la sekarang..cepat la abis paper ni..aku da give up da hadap note2 nya yang x berapa nak pendek dengan ayat merapu merapan bagai..=..= 

Dan ade gak yang memeningkan aku sekarang..iaitu aku ade 2 lagi paper exam yang harus aku selesaikan iaitu esok dan lusa..tapi nasib baik la sebab 2 paper ni x berapa nak susah sebab aku faham la konsep subjek ni..huhu..so ape2, kita setelkan subjek hari ni dulu..wish me luck guys.!! :)

(^___^)

Thursday, January 5, 2012

Aidil Aiman di sekolah - Episod 2

Assalamualaikum ^^

Post kali ini aku nak sambung cerita semalam, cerita pasal anak buah aku ni..tapi hari ini aku dapat bangun awal..hehe..seawal pukul 6.30 pagi..so buat masa ni aku buat keje aku dulu..mandi..solat..then tengok nota ringkas lagi..sebab pukul 9 pagi kang aku ade paper Network Multimedia..so da selesai je keje ni, dan sementara duduk memahamkan nota,aku tgk kakak aku dok heret anak buah aku ni..kesian budak ni..mengantok je dia aku tengok..baru nak berjinak2 dengan dunia persekolahan la katakan..haha..dia tutup mata sampai la masuk bilik air..=.=' 



. . . . . . . . . .



Dan sebelum aku nak pergi kampus, anak buah aku ni da cakap yang dia xnak menangis hari ni..haha..AYAT. -______-' aku pun ye kan je la ape dia cakap..sebelum mak aku nak anta dia, sempat lagi dia cakap, "Adik(Adif Luqman) jangan nangis la..abang nak pergi sekolah la..da besar mana boleh nangis ni..!!" pesan seorang abang kepada adik..=.=' nice huh.!

So habis je exam, aku terus balik rumah..nak tau macam mana ragam dia kat skola tadi..and u know what? dia menangis, meraung, melalak macam semalam..masa ni aku teringat balik ayat2 dia cakap sebelum nak pergi tadika tadi..hahahaha..:p tapi nasib baik la dia cuma menangis 1/2 jam..cuma..-_____-' dan yang menariknya, dalam tangkap leleh dia ni, dia menang pertandingan mewarna tadi..mungkin jenis orang tangkap leleh ni ade seni kot..hahaha..dan 1 lagi, cuma dia je pelajar yang paling dikenali kat sekolah..ini disebabkan raungan dia yang mendapat perhatian umum..yang menariknya, semua pelajar kat situ  xkira pelajar yang muda ke, tua dari dia ke, semua menggelarkan dia ABANG. kenapa ABANG.???????? sebabnya ialah, bila cikgu tanya dia, "Sape nama kamu.??", dengan rilek dia jawab, "ABANG!" =.=' so cikgu pun still x kenal lagi nama sebenar dia..haha..

Aku rasa lepas2 ni da x menangis lagi la budak ni, sebab dia da mula ada kawan2..nama kawan pertama yang dia sebut tadi, HAKIM..so ini la permulaannya..Good luck!

(^___^)

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Aidil Aiman di sekolah

Assalamualaikum ^^

Hari ini bersamaan 4 Januari 2012, anak buah aku yang pertama (nama seperti di atas), buat pertama kalinya nak mendaftar belajar. Tadika je..=.=' tapi, even tadika pun, aku tetap nak rasa excited gak..x tau la kenapa..haha.^^ mungkin sebab budak kecik sorang ni sangat rapat dgn aku..mana x nye, duduk pun da 1 rumah..kadang2 aku la yg mandikan dia, cebokkan dia, buatkan susu untuk dia, dodoikan dia, marah2 dia, suapkan makan, dan macam2 lagi la..certain orang mesti x sangka lelaki bujang macam aku ni boleh mandikan seorang budak kecik, pakaikan pampers, bedak, vics dan segalanya yang secara umumnya ni semua kerja orang perempuan..kan.?? so perasaan syg tu da macam anak sendiri plak..even aku xde experience lagi jadi ayah..:) dan semalam parent dia ni da bershopping bagai untuk anak diorg ni..huhu..

Nak dijadikan cerita la, hari ni mak bapak aidil ni nak pergi la buat pendaftaran kat tadika yang x berapa nak jauh dari rumah aku ni..ikutkan hati memang aku nak join tengok aidil ni masuk tadika..tapi sebab semalam stay up untuk final exam, so da terlajak sampai pukul 10.. bangun2 je diorang da pergi tadika..so aku tunggu je la kat rumah..then tiba2 mak si aidil ni call mak aku..dia bagitau yang anak buah aku ni da meraung melalak macam orang kena sampuk dekat tadika..habis semua nama sedara dia sebut..risau gak la bila dapat tau dia jadi cmtu..rupa2nya, budak ni takut nak bergaul dengan kawan2..kejutan budaya agaknya.. hahahaha..APTB!! =.=' so guru besar tadika tu da nasihatkan parent dia ni bawak je aidil balik, dan esok pagi baru anta gi tadika..dan secara x langsungnya, anak buah aku ni da memulakan rekod buruk iaitu ponteng tadika di hari pertama..=.=' 



. . . . . . . . . . 



So kita tunggu la ape yang akan berlaku esok..aku da gertak budak ni tadi, 

"Aidil!! esok biar ode je yang antau ko pegi tadika..kalau ko berani nangis la nanti..ode lastik ko dari jauh.!!" gertak aku kepada suspek.(gambar seperti di bawah) 
-___-'






bukan yang ni.. bawah lagi..





ni la AIDIL AIMAN :)

to be continued . . . . . .


(^___^)

Monday, January 2, 2012

Final Exam

Assalamualaikum..^^

Dalam hari-hari yang busy ni, sempat pulak aku nk update blog ni..tapi yang peliknya, masa aku free takde pulak nk update..=.=' so hari ni aku da rugi setengah hari..kenapaa aku rugi setengah hari.?? sebab nya ialah, aku tido sampai la pukul 12 tghari..ni betul2 qada' ni..bukan ape, kalau la aku bangun awal boleh la aku buat benda2 yg penting..contohnya basuh moto, study, breakfast..tapi bila bangun2 je matahari da terpacak, macam x sesuai je nak buat semua tu pada waktu macam ni..kan.?? =..='

Aku sebenarnya nak study untuk paper hari khamis ni, tapi terpaksa tunda lagi..masuk ni dah berapa kali tunda kot..huhu..mak aku mintak aku hantar adik perempuan aku balik PD..erk..(-_________-)' adik perempuan aku ni pun satu, mula2 cakap nk balik naik bas..tapi tiba2 mintak tolong anta..haishhh..!@#$%^&*~ so nak xnak terpaksa la pergi..nasib baik adik aku.



. . . . . . . . . 



Pergi balik hantar adik aku ni je da amik masa 4 jam.(jalan jammed) so sampai2 rumah je da pukul 6.30..penatnya..dan sekarang masa untuk aku study..harap2 xde la yang mengganggu..xnak lagi tunda..semangat tengah ade ni..huhu..^^ mandi dah..solat dah..makan dah..note pun da bukak ni.. pen 5 batang da tersedia da pun atas meja ni..kopi KAW pun da siap buat..so kita nampak di situ persediaan yang teramat rapi untuk study..huhu..tapi.........masalahnya.....



aku mengantuk la  (-________________-)  z z z Z





macam mana tu.?? =.='


(^___^)

Sunday, January 1, 2012

2012

Assalamualaikum..
Akhirnya berakhir gak tahun 2011 dan muncul pulak tahun 2012..syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku penutup yang baik untuk diri aku untuk tahun ni..tahun yang penuh dengan macam2 perkara sama ada dari yang aku ingin ataupun yang aku x suka..macam mana aku nk mulakan dulu..hmm..

ok..permulaan tahun 2011, pada masa tu aku rasa mungkin ni tahun yang best untuk aku.. sebab masa tu aku tgh baik dengan sorang perempuan ni..sangat baik, rapat...pada permulaan tu segalanya nampak mcm xde masalah, tapi ape yang aku harapkan nampak mcm xkan berlaku..semuanya ada je yang x kena..dan pada masa tu baru aku sedar kedudukan aku..dan sejak aku x hubung dengan dia, macam2 tanggapan yang aku dengar orang cakap pasal aku..dari yang kutuk sampai la yang sokong..huhu..dan masa tu baru aku kenal perangai dia yg sebenar..even sampai skrg pun aku dapat tau dia masih lagi pandang negatif tentang aku..cakap benda yang x betul pasal aku..alhamdulillah..:) pada dia dan pasangan baru dia, aku doakan korang kekal sampai ke jinjang pelamin..jaga hubungan tu..jauhkan dari pihak ketiga..:p 

Kemudian pada pertengahan tahun 2011 pulak..masa ni aku memang x jangka yang aku akan kenal, dan rapat dengan seorang perempuan..perempuan yang pada mulanya aku cuma harapkan dapat menjadi kawan..tapi sekarang da jadi buah hati aku..:) semua orang di sekeliling aku dan buah hati aku ni senang dengan kitorang..perkenalan kami yang cuma dengan secawan nescafe ais je..sekarang da jadi sangat rapat..huhu..alhamdulillah..:) perkenalan aku dengan dia bukan je merapatkan aku dan dia, tapi juga merapatkan hubungan aku dengan mak aku..sebab nya ialah, mak aku SUKA dia..^^

Dan akhir tahun 2011, semua benda yang menyakitkan aku sebelum ni dah berjaya aku lupakan dan aku harapkan perkara baik ini akan sentiasa berterusan sampai bila2..:) cewah..dan mcm kisah dongeng plak post aku kali ni..haha..=.=' hari ni 1 JANUARI 2012.. lagi 4 hari je aku akan menghadapi my 1st paper for my final examination..dan yang paling menariknya, baru hari ni aku nk mulakan study..=.=' 

So sempena bermulanya tahun 2012, aku harap segala pengalaman dapat mematangkan diri aku ni, murahkan rezeki aku, rezeki mak aku, rezeki keluarga aku,rezeki SI DIA, dan rezeki kawan2 aku..cerahkan masa depan aku dan semua orang disekeliling aku..jadikan aku anak yang soleh, patuh kehendak keluarga..dan akhir sekali, pelihara hubungan aku dengan HIDAYAHTUN NUR AMIRAH..:) insyaALLAH..





(^___^)

Friday, November 11, 2011

Sekolah

Assalamualaikum..^^

Mata aku malam ni payah beno nk lelap..x tau la kenapa..da beberapa minggu kebelakangan ni, aku ade 1 masalah iaitu susah nk tido malam..kadang2 sampai ke pagi x tido2 lagi..nk cakap study, x jugak..apekah nasib.?? =.=' macam2 cara aku dah buat nak mudahkan aku tido awal tiap2 malam..antaranya workout, bersukan bagai..tp sama jugak..hmm..kalau sape2 ade tips, kongsi2 la ye..:)

Sebenarnya post aku kali ni khas utk adik aku yang merangkap adik bongsu dalam adik beradik aku.. hari ini da 10 Nov 2011..start minggu depan da bermula la peperiksaan SPM..td aku pergi dapur nampak dia still study..aku pulak yg naik risau..huhu..:p sambil2 berfikir pasal adik aku sorang ni, tetiba teringat balik kenangan zaman sekolah aku dulu..zaman terakhir aku di alam persekolahan........^^


. . . . . . . . . . . 


Seminggu sebelum SPM ni mula la aku nampak perubahan sikap dalam diri semua pelajar kat sekolah..ade yang da mula bersongkok, ade yang ke hulur ke hilir berkapel dgn buku nota, yg jenis ponteng kelas pulak da mula berjinak2 dgn pelajaran..haha..perubahan yg sgt ketara ok! aku pun sket lebih kurang sama dgn diorg sume..masa ni, belajar je aku rasa paling penting..pagi petang dgn buku, malam pulak atas tikar sejadah..haha..=.=' masa ni la sume pelajar mula buat baik dgn cikgu, konon nk dpt berkat la..budak2 yg ade kutuk cikgu depot la, Cikgu Hang Kebun la, ade cikgu cina yg kena panggil Apek la, sume da mintak maaf..haha..masa ni jugak budak2 dah x fikir da pasal kapel bagai da..pasangan kapel pun da mcm orang asing..buat hal masing2..ape yang aku nampak ni cuma suasana masa waktu persekolahan je la..maksud aku dari pagi aku datang sekolah sampai la aku balik sekolah.. ape yang berlaku kat asrama aku x tau pun sebab aku ni outsider..budak2 x berapa nak kenal aku..kadang2 terasa diri aku ni macam HIDDEN je dari diorang..huhu..:p

Masa ni makan pun da x selera dah..muka mak cik kantin pun dah x seceria dulu, di saat pelajar2 lelaki beratur panjang, order itu, order ini..tambah itu, tambah ini, senyuman yang terukir di wajah makcik kantin pabila helaian duit yang x putus2 dihulurkan kepada makcik kantin..x kurang gak pada Mak Temah Sambal, yang rindukan zaman kegemilangan dia..di mana pelajar2 lelaki berasak2 mengerumuni Mak Temah Sambal semata2 kerana sesudu SAMBAL untuk diletakkan di atas makanan yang terhidang..mungkin masa tu Mak Temah Sambal terasa dirinya seperti Lisa Surihani..=.=' 

krik!    krik!    krik!    (bunyi cengekerik)

Masa ni jugak bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan tamat pun dah macam benda yang x wujud lagi..pelajar semua x endah lagi dengan bunyi tu..budak2 ponteng pun dah macam hilang keupayaan untuk mendengar..macam tu kuatnya musim peperiksaan SPM ni kan.?? ape2 pun, serius aku rindukan sangat waktu sekolah aku dulu..:( hmmmm..


. . . . . . . . . . .


So pada adik aku ni, abang nk ucapkan semoga ko dapat la jawab semua soalan dengan tenang..dipermudahkan segalanya..dan semoga ko beroleh keputusan yang baik..ingat!! ape yang ko buat ni sume untuk mak..ok!!! 

Aku rasa sampai sini je la post untuk kali ni..~

p/s : esok cik cashier nk belanja mkn roti canai tercekik..:p

(^___^)

Utem blog