Wednesday, January 19, 2011

Tonsil?

Apakah itu TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak

Tonsil boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Antara gejala radang tonsil ialah : 

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala
5. Mulut berbau busuk/bangkai
6. Berdengkur waktu tidur
7. Kadang2 hilang suara

~~ Apa yang aku nk pesan kat sini, kalau la korang perasan yang korang ade alami gejala seperti di atas ni, cepat2 la pegi check doktor..benda2 cmni kita xleh nk jangka..b4 jd teruk, baik kita hindarkan..aku ckp ni sebab penyakit ni da kena kat adik perempuan aku, Nurul Fathiha Binti Mat Rasol..die ni jenis yang sgt pemalas nk pegi jumpe doktor..hingga la tonsil yang die hidap tu da jadi teruk, baru la nk jumpe doktor..then bila da jumpe doktor, solution yang doktor suggest ialah operate..so pagi tadi, adik aku kena operate disebabkan penyakit tonsil ni..sebelum operation, memang tekak dia sgt bengkak, da macam biji guli..then lepas je operate selama 2jam, tekak die da kembali slim..huhu..kesian aku tgk adik aku ni..sepanjang masa kena mkn aiskrim semata2 utk pulihkan balik tekak die..and aku ade snap tekak die yang sudah kembali slim tu..huhu..ok nurul! jaga kesihatan baik2 k..so setakat ni je la post aku kali ni..salam~

ex-tonsil

Free tonsil :)


(^_^)

No comments:

Utem blog